Ada Diabetes atau Tidak?
Kencing manis jenis 2 @ diabetes type 2 adalah satu penyakit metabolik yang jarang disedari pada peringkat awal. Lazimnya, pesakit disahkan mempunyai masalah diabetes apabila keadaan semakin teruk terutamanya apabila menghadapi tanda2 seperti kerap dahaga, kerap kencing, tak bermaya dan sebagainya.
Kebanyakan individu jarang membuat ujian sendiri menggunakan glucometer mahupun ujian darah apabila tiada sebarang tanda-tanda ada masalah pada badan. Lebih teruk apabila sudahpun mempunyai tanda awal diabetes atau sudah disahkan penghidap diabetes, tapi masih menafikan penyakit tersebut kerana masalah denial syndrome.
Glucometer (cucuk hujung jari) bukanlah satu cara yang tepat untuk menentukan samaada seseorang tersebut mempunyai masalah diabetes, tetapi ianya lebih kepada satu rujukan semasa keadaan gula dalam darah dan tidak semestinya menunjukkan jumlah purata gula dalam darah untuk tempoh 2 - 3 bulan. Tidak sama seperti ujian darah untuk menentukan kadar HbA1c yang lebih tepat untuk menunjukkan purata kadar gula dalam darah untuk tempoh 2 hingga 3 bulan.
Walaubagaimanapun, sekiranya tiada tanda2 awal diabetes, jarang doktor di Klinik Kesihatan atau Hospital kerajaan menyarankan membuat ujian darah untuk melihat HbA1c. Biasanya ujian ini boleh dibuat di makmal2 swasta dan salah satunya di Pathlab.
Salah satu cara mudah untuk melihat kesan makanan terutamanya gula dalam darah ialah dengan menggunakan glucometer dan cek bacaan gula sebelum makan dan 2 jam selepas makan. Jika bacaannya naik secara mendadak, kemungkinan kita sudah mempunyai masalah pre diabetes atau diabetes.
Contohnya, sekiranya sebelum makan bacaan 5.0mmol dan selepas makan bacaan melonjak sehingga 8.3mmol (kenaikan 3.3 unit), bermakna makanan tersebut tinggi gula atau mungkin insulin dalam badan tidak mampu bekerja secara efisyen. Dengan kata lain, ianya ialah rintangan insulin. Ujian kendiri secara berterusan sangat penting untuk menunjukkan tanda awal samada kita mempunyai masalah diabetes atau tidak.
Bagi orang normal, kenaikan bacaan gula sebelum dan 2 jam selepas makan biasanya tidak tinggi. Mungkin sebelum makan 5.0mml dan 2 jam selepas makan hanya 6.0mmol. Tetapi, sekiranya kenaikan secara mendadak setiap kali selepas makan, bersedialah untuk berjumpa doktor dan maklumkan kepada doktor berkenaan masalah ini.
Kawalan pemakanan sangat penting untuk mengawal paras gula dalam darah terutamanya bagi individu yang telah mempunyai masalah diabetes. Penggunaan gula putih seharusnya ditinggalkan sepenuhnya dan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi juga harus dikurangkan supaya kadar gula dalam darah lebih terkawal.
Sila baca perkongsian saya mengenai bagaimana saya berjaya reversed diabetes saya hanya melalui kaedah IFLK. Sila baca di https://bit.ly/SihatIFLK
0 komen:
Catat Ulasan