Isnin, 15 Mei 2023

Lagi Takut Tinggalkan Gula Berbanding Kaki Kene Potong!


Lagi Takut Tinggalkan Gula Berbanding Kaki Kene Potong!

Bila ada individu yang bertanya saya macam mana nak reversed diabetes, perkara paling asas ialah tinggalkan terus gula dan kurangkan / kawal makanan berkarbohidrat tinggi lebih2 lagi karbohidrat yang diproses. Tapi, ramai yang tak sanggup nak buat kerana terpaksa tinggalkan makanan yang dah terbiasa dimakan sejak zaman berzaman tu.

Saya tak pelik. Pengalaman saya dulu sekitar tahun 2018 semasa saya dimasukkan wad kerana bisul. Time tu memang saya sendiri seorang pesakit kencing manis yang tak terkawal. Hampir kesemua pesakit di sekeliling saya adalah pesakit yang telah dipotong jari kaki, pergelangan kaki, bahagian lutut, kerana komplikasi kencing manis. Setiap malam, ada je pesakit yang menangis, mengeluh, mengerang menahan kesakitan yang mungkin sebab habis kesan bius lepas kaki dipotong.

Sedihnya, keesokan hari, dengan slambernye ahli keluarga bahkan mereka sendiri makan makanan manis2 dan minum air manis.

"Ai pok, kaki kene potong pun makan dan minum bende manis2 lagi?", tanya saya kat pakcik katil sebelah.

"Dok makang manihpun, kaki kene potong gok", dengan slamber die jawab.

Aduila...

Alhamdulillah, sekarang saya dah reversed diabetes saya. Risiko tetap ada, tapi risiko sekurang2nya, risiko komplikasi kencing manis dah makin kurang.

Jomlah belajar cara reversed diabetes. Sila klik https://bit.ly/SihatIFLK

1 ulasan: