Sabtu, 10 Julai 2021

Genap Setahun Kemalangan


Harini 10/07/2021, genap setahun kemalangan kecik yang menjadi punca awal saya kehilangan sebelah penglihatan a.k.a buta, manakala sebelah lagi terhad dan terjejas.


Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang kepada saya untuk terus hidup dan perbaiki diri sendiri. Semoga Allah mengampunkan dosa2 saya.


Kepada kawan2 semua, saya minta maaf atas segala dosa saya kepada kalian. Saya banyak menyusahkan ahli keluarga, sedara mara dan kawan2. 


Tak dinafikan, PKP ni banyak kesan buruk berlaku kepada kebanyakan daripada kite termasuk saya. Lagi teruk dengan keadaan saya sekarang yang agak sukar untuk menjalankan aktiviti seperti dulu. Tapi bukan bermakna saya hanya duk diam dan tunggu bantuan. Saya tetap berusaha sekadar terdaya.


Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang banyak doakan saya, berikan sokongan moral, bantuan kewangan, keperluan dan semuanya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga kita semua dihimpunkan di syurga.


Alhamdulillah.

Terima kasih.

0 komen:

Catat Ulasan