Sabtu, 24 Julai 2021

Kasut Setiap Orang Tak Sama


Orang bercakap kadang2 tak faham atau cuba tak nak faham keadaan orang yang dinasihatkan tu. Yang bercakap pun pendapatan langsung tak terjejas time PKP. Tapi, takla semua gitu. Ada yang faham dan membantu, terima kasih diucapkan. 

.

Saya post bukan nak raih simpati, tapi nak cerita keadaan setiap orang tak sama. Kasut lain2. Ujian berbeza.

.

Saya ni agen pendaftaran Unifi dan agen dropship pelbagai produk. Semua ni lebih 10 tahun dibuat secara online.

.

Bayangkan masa awal2 PKP 1.0, langsung tiada pemasangan unifi dibuat. Berapa bulan income tiada. Untuk produk2 yang saya jadi agen dropship plak, berapa banyak supplier tutup operasi sementara dan kekal. Betul2 terjejas.

.

Tapi, dengan tulang 400 kerat ni, saya amik plak produk2 makanan dan krepek. Jadi agen. Start kayuh semula time PKPP.  Baru nak recover income, kemalangan kecik menyebabkan saya buta sebelah mata dan mata rosak dan terhad sebelah lagi. Masalahnya, kebanyakan pelanggan taknak datang ambil kecuali kite hantar barang2 ni. Sale tak berapa nak ok.

.

Apa yang saya boleh buat dengan keadaan gini? Upah runner? Pelanggan dah taknak bayar upah runner. Dengan keadaan mata macam ni, saya cuba hantar sendiri naik moto. Rumah saya dengan rumah pelanggan jarak dalam 5km, saya amik masa 1jam lebih nak sampai! Sebab apa? Sebab bawak moto slow2, terlepas jalan, sesat, silap lorong, tak jumpe rumah dan lain2.

.

Demi keselamatan, saya stop. Stok banyak dah lemau dah tu. Nak jual pun orang taknak. Dah rugi modal. 

.

Bukan tu je, stadi master saya dah setahun saya tangguh. Banyak appoiment dan rawatan yang menjejaskan pengajian saya. Tengah2 stadi, tibe2 mata blur yang amat. Dekat nak final assessment, terpaksa cuti sebab operate. Sampai bila macam ni pun tak tahula.

.

Doc suh saya banyak rehat. Takut mata bleeding lagi. Dah setahun 'rehat', tapi bleeding tak kurang. Dah tak boleh buat keje berat sikit. Dah tak boleh ngadap hp dan laptop lama2. Banyak kene berenti bile mata dah start berpinar dan kepala sakit.

.

Dah tak boleh rehat lama2. Rumah, bil, kene bayar tiap2 bulan. Perut nak kene isi tiap2 hari. Nak gerak jauh sikit amik barang, hantar barang pun dengan bantuan isteri. Nak gi jauh2 luar daerah pun tak boleh sebab PKP. Jangan kata nak g mane2, potong kuku pun harap kat bini.

.

Ingat senang ke nak kuatkan semangat dan mental dalam keadaan gini. Tiap2 hari nangis, meroyan dan rasa baik mati. Betul, saya pernah rasa diri sangat tak berguna hidup. 

.

Tapi, dalam keadaan gini, saya bangun kul 3, 4pagi. Baca Quran setakat yang mampu. Solat. Nangis dan ngadu kat Allah. Alhamdulillah, Allah kuatkan hati saya ni. Ye, saya tak lupa tuhan. Tu yang bertahan dan mampu senyum semula.

.

Cume, saya ni tetap manusia biasa. Bukan maksum macam nabi, jauh sekali tabah macam ulul azmi. Kadang2 hangin gak bile datang idea gini,


"Nape tak buat biz online?"

"Nape tak cari runner je"


Yang lagi bodo idea,


"Hantar sendiri r jimat"

"Try r buat foodpanda"

"Tak buat grab ke?"


Kadang2 dah tak tahu nak gelak ke nangis ke nak maki. Sudahnye, gelak jela. Huhuhuhuhu.


faizalsyukri.com

 

2 ulasan: