Selasa, 27 Julai 2021

Sejaran Sistem Operasi Windows

 
Teringat dulu2, kali pertama saya tengok orang gune komputer pada tahun 1993 kat rumah kawan saya. Masa tu langsung tak reti gune komputer. Tengok die main game je gune floppy B. Disket yang besar gedabak. Masa tu saya tak sure windows 1.0 atau windows 2.0.

Dalam tahun 1995, saya ikut ayah ke pejabat. Kat pejabat ayah ada komputer brand. Komputer run windows 3.1. Time tulah saya start sentuh2 sendiri, main game ~ pipe dream, jigsaw puzzle dan lain2.

Tahun 1998, ayah beli sebuah PC kat rumah. Brand Acer. Intel Pentium MMX 233Mhz, Ram 32MB. Windows 95. Rasa macam canggih gile jer.

Tahun 2000, saya belajar repair komputer dan install windows daripada arwah cikgu saya, Cikgu Jawahir. Masa zaman windows 95, susahnye nak install sebab kene buat startup disk secara manual. Sampailah gune Windows 98, sikit senang keje sebab boleh buat startup disk automatik. Dan reti nak format pc, tukar windows 98 ke windows ME.

Dalam tahun 2001, masa tu Windows XP otw nak kuar. Jadi ade versi beta dipanggil Windows Whistler. Kami member2 sekelas aliran IT duk godek Windows baharu.

Masuk UiTM tahun 2002 amik Sains Komputer. Tapi jangan ingai amik sains komp belajar repair PC. Time tu saya amik upah format dan repair pc orang. Laptop jarang2 lagi orang pakai. Sape pakai Intel Pentium 4 memang mantop r. AMD Athlon pun ramai dah pakai. Masa tu Windows XP dah ade. Semua dah makin senang. Tak perlu main MS-Dos sangat dah.

Lepas tu pakai Widows Vista, Windows 7, Windows 8, Windows 8.1 dan sekarang Windows 10. Tak lame lagi kuar plak Windows 11. Fuh, tak terkejor den.

Macintosh @ MacOS memang tak pernah pakai. Tak reti pun. Linuk pernah r try2 dulu. Suse Linux, Mandrake, Mint dan entah ape2 dah. Lupe. Sekejap2 je sebab tak reti. Hahahahaha.

Cepatnye masa berlalu. Spec hp pun dah boleh lawan laptop. Sape2 nak mengimbau windows zaman dolo2, boleh r tengok kat sini https://youtu.be/4oE6nEt3uRM

0 komen:

Catat Ulasan