Khamis, 22 Julai 2021

Appinment di KK Punye Hal


Hari ni appoiment klinik kesihatan. Ditakdirkan jumpe doktor pertama yang mule2 cek saya. Doc yang bertanggungjawab menyedarkan saya dengan kata2 die yang tajam menikam kalbu. Hahahaha.

Ingat mule2 jumpe die. Die tengah preknen. Mungkin agak moody kot. Sebab saya dah lame kene kencing manis, tapi culas, tak makan ubat, tak kontrol makan, tak followup. Doc tu cakap, "Ni dah tau KM tinggi, pasni takyahla cucuk insulin ye, takyah makan ubat ye. Biar makin tinggi. Sepatutnye kes awak kene refer pakar, tapi sekarang musim covid, pakar semua bizi. Dengah HbA1c awak 13.1% (April 2020), kalau awak nak turunkan, kene pose 3 bulan tau. Rajin ke?"

Tak tau kenape, saya rasa kata2 die tu tajam menikam kalbu. Masa tu la terdetik nak berubah. Terfikir anak isteri kat rumah. Cari macam2 info. Jumpe pasal IF dan keto. Macam2 cari info kat fb dan keto. Dapat nasihat daripada orang yang terlibat. Alhamdulillah, checkup kedua turun 6.5% fan seterusnya turun turun turun dan terus menurun.

Bile saya sebut balik pasal apa yang doc tu sound saya, die mintak maaf. Die cakap, almaklumkan time tu die preknen. Mungkin mood tak stabil.

Saya cakap, saya sangat berterima kasih kepada doktor sebab sedarkan saya. Hahahahahaha. Die sendiri pun agak terkejut dengan progress HbA1c yang turun banyak. "Tak sangka boleh turun ye".

Kami duk gelak gelak je memanjang dalam bilik doktor. Hahahaha


Saya sangat berterima kasih kepada semua sumber utama saya pada peringkat awal. Rujukan awal IF saya dari tuan Faizal Saedon. Rujukan awal Keto dari Dr. Hapizi (RDO). Rujukan awal lazy keto dari pokcik Azril. Rujukan mengenai perubatan dan kesihatan jugak dari Dr. Fadh dan PPF tuan Ikhwan. Dan semualah kawan2 yang terlibat secara langsung dan tak langsung samaada dari fb, wasap, telegram dan lain2.

 

#BebasDiabetes
#ReverseDiabetesObesity
#IntermittentFasting
#OneMealADay
#KetoDiet
#LowCarbDiet

0 komen:

Catat Ulasan