Khamis, 15 Julai 2021

Progress Operate Mata




 "Ja, berapa kali mata kene operate?", tanye seorang kawan.

Ok, ni nak explain panjang skit mengenai progress operation mata ni.

Operate bulan disember tahun lepas, melibatkan mata kiri untuk buang darah yang bertakung dalam mata, kikis darah beku dan letak minyak silikon. Minyak silikon ni fungsi die untuk menolak saraf mata yang tercabut biar die melekat semula kat mata. Walaupun saraf sudah ditampal, penglihatan tetap tidak pulih dan masih dalam kategori buta. Saraf ni perlu melekat untuk pastikan mata tetap dapat bekalan darah dan oksigen supaya mata terus hidup. Kalau tak, mata akan buruk dan perlu dibuang. Bab kate doc, manelah tau 10, 20 tahun lagi kot2 ade teknologi perubatan baru untuk repair semula mata tu. Sekurang2nya, mata wujud dan hidup lagi.

Minyak silikon ni kene duk dalam mata paling kurang 6 bulan. Selepas 6 bulan, doc akan cek smula untuk pastikan saraf melekat sepenuhnya. Kalu saraf tak melekat dengan baik, kene operate semula, buang minyak sedia ada dan letak minyak baru dan kene pantau lagi 6 bulan.

Tapi, disebabkan beberapa hari lepas 13/07/2021 doc tengok saraf dah melekat dengan baik, kene ade operate semula untuk buang minyak silikon tu. Tambahan lagi, setiap kali operate mata, kanta mata @ manik (istilah orang pantai timur), kene tukar sebab die akan efek dan jadi keruh @ katarak. Cume kos kanta ni lah yang kene tanggung sendiri, hospital kerajaan tak tanggung. Kos dalam RM600.

Lepas setel operate ahad ni, doc akan pantau lagi 6 bulan untuk pastikan keadaan mata stabil. Kalu dah ok,  barulah doc akan fokus untuk mata kanan plak. Mata kanan pun kene operate macam mata kiri yang dibuat tahun lepas tu.

Begitulah alkisahnya.

0 komen:

Catat Ulasan