Rabu, 16 Mac 2022

Nak Sangat Jadi OKU? Nah, Ambiklah Sikit Kekurangan Kami. Amiiin.


Nak Sangat Jadi OKU? Nah, Ambiklah Sikit Kekurangan Kami. Amiiin.

Beberapa kali isu OKU dipersenda menjadi viral di media sosial beberapa bulan ni. Yang terakhir sekali semalam. Saya ada tengok 1 video seorang individu yang pernah ada isu dengan 7E dan KFC, pun turut persendakan golongan OKU.

Walaupun yang dipersenda tu bukan OKU kategori yang sama dengan saya, saya turut terasa apabila golongan kurang upaya menjadi 1 subjek untuk 'dibahan', dihina, diajuk, dipersendakan dan sebagainya. Tentulah terasa, bab kata satu peribahasa, "cubit paha kiri, paha kanan terasa juga".

Rasanya sebahagian kecil masyarakat kita sekarang agak tenat. Buat salah, minta maaf. Pastu buat salah lagi, minta maaf lagi. Dan buat salah lagi, minta maaf. Maka berulanglah perangai buruk tu berkali2 dan disusuli permohonan maaf yang nampaknya seperti berlakon je.

Cukup2lah dengan perangai buruk. Kepada pihak lain yang nak naikkan rating TV ke ape ke, janganlah mengangkat insan seperti ini menjadi tetamu undangan ke ape ke sehingga menaikkan nama individu tersebut. Dah makin dahsyat tengok zaman sekarang dimana orang "jahat" diangkat menjadi orang ternama.

Satu je, saya mendoakan individu tersebut betul2 insaf dan tak buat lagi kerja bodoh tersebut. Dan jika anda betul2 mahu, nak sangat dan teringin nak jadi OKU, kami golongan OKU juga boleh bantu doakan supaya anda juga menjadi golongan seperti kami. Welcome to the club.

 

Sembuh Diabetes Dengan IFLK

SweetLAB Drop - Pemanis Sihat Pengganti Gula

0 komen:

Catat Ulasan