Khamis, 17 Mac 2022

Subjek Matematik SPM Sekarang Sangat Susah


Subjek Matematik SPM Sekarang Sangat Susah

Terbaca beberapa artikel di internet dan media sosial mengatakan matematik SPM zaman sekarang 2021 / 2022 sangat susah. Ditambah dengan topik baharu yang tak masuk akal, mengarut dan yang sewaktu dengannya.

Saya tak tau sangat sebab saya dulu SPM tahun 2001. Dah 20 tahun kurang lebih tinggalkan SPM dengan result kasar 3A 5B 3C. Perincian A1 A2 B3 B4 bla bla bla tak berapa nak ingat.

Masa saya SPM, matematik moden sekadar dapat A2 dan matematik tambahan dapat C6. Saya tak percaya ngan result ni sebab masa form 4 dan form 5, ujian OTI, matematik moden nak dapat C pun sakit. Matematik tambahan nak dapat lebih 20% tak pernah. Paling teruk dapat 4%. Fizik pun sama teruk, tapi time SPM dapat B3. Dengan kata lain, nama je subjek mengira, memang gagal.

Masa Diploma Sains Komputer, sem 1 awal2 discrete math saya gagal. Repeat sem 2. Same gak kalkulus, gagal dan repeat 2 kali. Statistik pun failed dan repeat.

Cume heran plak masa Diploma Pentadbiran Awam dan Degree Sains Pentadbiran, semua subjek mengira macam math, statistik, ekonomi, akaun, boleh plak skor A. Mungkin sebab dah tua. Dapat markah kesian dari pensyarah 🤣

Agaknye kalau saya jawab SPM zaman sekarang, tercirit terus takleh jawab. Saya terlalu bodoh ke atau silibus terlalu susah?

Wallahua'lam.

 

Sembuh Diabetes Dengan IFLK

SweetLAB Drop - Pemanis Sihat Pengganti Gula

 

0 komen:

Catat Ulasan