Rabu, 9 Mac 2022

Keadaan Mata Terkini

"Ja, macam mana mu boleh main fesbuk nge wasap?"

Ambe kene gune wasap web dan gune browser laptop. Ambe sambung laptop ke TV. Jadi skrin beso maka dapatlah ambe tengok dan baca. Tapi sekarang dah gune monitor pc saiz 23" sebab kesian anok2 tokleh tengok tv. Cumenye, monitor saiz 23" ni dok cukup besor. Kene cari 32" gok. Ushar kat shopee, harga kayangan sangat. Huhuhuhu. TV 32" lebih muroh, tapi dok tau bakpe, ngadap TV lagi berpinor berbanding ngadap monitor PC ni. Mungkin sebab ambe terpaksa tengok dalam jarok kurang 1 meter dan monitor PC je yang sesuai berbanding TV.

Kalu ambe gune henpon, ambe gune fungsi "Magnification" atau ambe gune kanta pembesor atau gune spek rabun dekat yang fungsinya sama macam kanta pembesar. Tapi ianya hanya membantu untuk melihat menggunakan mata kanan sahaja. Mata kiri tetap same walau pakai spek gajoh rima sekalipun.

Jadi, ginilah pandangan ambe pada mata kiri dan mata kanan. Mata kiri memang xnapok walaupun gajoh rima depan mata. Kalau mata kanan, ambe still boleh napok bayang2. Cume susoh skit nok beza antara hantu atau manusia kalau muncul depan mata jarok lebih 1 meter sebab die blur2 je.

Muke manusia atau ape2 objek sekeliling, ambe napok blur2. Jadi, jika ada sesape yang ambe kenal selepas ambe bergelar OKU ni, tiada memori wajah anda dalam kepala hotak ambe ye. Huhuhu

"Doh lagu mane mu drive?"

Selepas lebih setahun rehat dripada menjadi drebar, Alhamdulillah, sekarang ambe doh jadi terbiasa dan doh boleh naik moto. Kete boleh lagi asalkan time siang hari, ceroh derang. Kalau malam atau time hujan, maassalamah wailalliqo'. Memang out of service terus.

Sekian.

0 komen:

Catat Ulasan