Ahad, 9 Oktober 2022

Orang Muda Takde Penyakit Diabetes?


Orang Muda Takde Penyakit Diabetes?

Minggu lepas, saya ada temujanji rutin setiap 6 bulan di Klinik Kesihatan berkenaan diabetes saya. Walaupun sudah 2 tahun doc stopkan ubat2 saya, saya masih lagi perlu ke KK. Takde ape2 sangat pun yang dibuat bila jumpa doktor. Sekadar soalan biasa, "kaki ada luka2 tak?" dan beberapa soalan lain. Ujian darah untuk HbA1c pun hanya setahun dua kali. Itupun next punya cek tak pasti lagi bila.

Sebelum masuk jumpa doktor, macam biasa akan dipanggil ke kaunter saringan untuk cek tekanan darah dan bacaan gula. Alhamdulillah, semua normal. Kebetulan di meja sebelah, ada seorang pesakit yang dah siap jumpa doktor dan sedang dibantu oleh seorang MA untuk mengisi maklumat pada buku hijau pesakit diabetes.

Saya bukan nak pasang telinga sangat. Tapi bila saya dengar bacaan HbA1c 15% dan bacaan gula 18mmol serta tekanan darah 200/110, saya tertarik nak pasang telinga. Sebab apa? Sebab pesakit tersebut seorang lelaki tinggi lampai, agak handsome dengan badan ketul2 macam kaki gym dan paling terkejut baru umur 21 tahun!

Zaman sekarang, penyakit metabolik ni bukan je kene kat orang tua, bahkan orang muda pun dah ada. Jangan terkejut kalau remaja pun dah ada darah tinggi apa semua tu.

Kenapa semua ni terjadi? Hampir kebanyakannya berpunca daripada makanan. Makanan tinggi gula. Betapa bahayanya gula pada manusia. Tapi disebabkan ianya berlesan dan disahkan halal, ianya adalah idaman dan dambaan setiap manusia. Sape tak suke manis kan? Pilih pasangan pun yang manis2 je. Chewah. Manis dalam senyuman tu takpe. Tapi jangan silap senyum menggoda kat laki atau bini orang plak. Ini mungkin lagi bahaya dari kencing manis sebab kesannya on the spot. Hahahahaha

Jom reversed masalah metabolik. Baca sini https://bit.ly/SihatIFLK


** Gambar hiasan sumber Google **

0 komen:

Catat Ulasan