Jumaat, 9 Jun 2023

Kita Lebih Takutkan Daging & Lemak Berbanding Gula


Kita Lebih Takutkan Daging & Lemak Berbanding Gula

Apa2 makanan yang kita makan, pokok pangkalnya bersederhana. Tapi malangnya, jika kita nampak seseorang seolah-olah lebih banyak makan protein dan lemak, kita beranggapan ianya sangatlah bahaya berbanding makan gula.

Sebenarnya kita tak sedar, berapa banyak sangat protein dan lemak yang mampu kita makan setiap hari. Makan sikit pun dah terasa kenyang dan muak yang teramat sangat. Lagipun dengan harganya yang kadang2 tak masuk akal menyebabkan pilihan untuk makan daging dan lemak lebih terhad. Semurah-murah telur pun, dah makin tinggi harganya. Tanyalah mereka yang jadikan protein dan lemak sebagai makanan harian dan utama. Berapa kali yang mereka makan? Sekali atau dua sahaja.

Berbeza dengan pengambilan gula setiap hari. Yang kita nampak hanyalah gula yang jelas di depan mata. Sekali ambil, hanya sesudu dua sahaja. Tapi, hakikatnya, gula putih yang sesudu dua itulah yang diambil berkali-kali dalam sehari termasuklah pengambilan makanan yang ada sumber gula yang tersembunyi dalam sos, dalam makanan ringan, dalam minuman berkotak, tin, makanan segera dan lain-lain. Bahkan makanan yang berkarbohidrat tinggi juga dihuraikan menjadi gula ringkas yang sahih menyebabkan kenaikan gula dalam darah. Ada yang sampai makan 6 kali sehari sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam.

Saya tidaklah menidakkan fungsi karbohidrat dalam makanan. Sayur-sayur yang kita makan setiap hari itupun ada sumber karbohidrat. Saya jugak tidaklah memaksa semua orang makan protein dan daging sehingga termuntah-muntah. Pokok pangkalnya BERSEDERHANA.

Nak reversed diabetes? Senang je. Cut sugar, makan makanan rendah karbohidrat, makan protein dan makanan tinggi lemak sihat. Jom reversed diabetes. Klik sini untuk info >> https://bit.ly/SihatIFLK

0 komen:

Catat Ulasan