Selasa, 20 Jun 2023

Langkah Paling Awal Reversed Diabetes


Langkah Paling Awal Reversed Diabetes

Secara umumnya, 1gram gula bersamaan 1gram karbohidrat. 1gram karbohidrat juga boleh menaikkan 0.5 - 1.0 mmol glukosa dalam darah. Tapi, ianya bukan angka yang tepat sebab setiap individu mempunyai tahap responsif tubuh yang berbeza. Ianya dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk jenis karbohidrat, indeks glisemik, aktiviti fizikal, sensitiviti insulin dan sebagainya.

Karbohidrat bukan sahaja terdapat dalam gula, bahkan dalam hampir keseluruhan makanan yang kita makan setiap hari terutamanya dari sumber tumbuhan, bijiran dan lain-lain.

Setiap makanan juga mempunyai jumlah karbohidrat yang berbeza.

100g gula putih = 100g karbohidrat
100g nasi putih = 28g karbohidrat
100g roti putih = 49g karbohidrat
100g salad = 6g karbohidrat
100g tomato = 5g karbohidrat

Dan banyak lagi lah makanan harian kita yang boleh kite google fakta nutrisinya.

Jadi, jika kita tengok kepada jumlah karbohidrat, gula putih antara yang paling tinggi karbohidratnya. Pasti ianya makanan yang boleh melonjakkan bacaan glukosa dalam darah terutamanya kepada pesakit kencing manis.

Jika nak kawal kencing manis, perkara paling pertama yang perlu dibuat ialah berhenti terus penggunaan gula dan kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi. Gula boleh digantikan dengan pemanis 0 karbohidrat seperti SweetLAB Drop dan lain-lain.

Jika dua ini boleh dikawal, lebih mudah untuk kawal makanan lain untuk reversed kencing manis, insyaAllah.

Nak belajar cara reversed diabetes? Sila klik https://bit.ly/SihatIFLK

0 komen:

Catat Ulasan