Isnin, 26 Jun 2023

Nak Makan Apa Hari Raya?


Nak Makan Apa Hari Raya?

Raya qurban dah dekat. Esok mungkin semua orang dah sibuk dengan preparation raya.

Teringat beberapa minggu lepas ada orang tanya, dah dekat nak raya haji, menu apa nak dimakan pada hari raya?

Saya tak tahu adat dan budaya masyarakat negeri selain Terengganu. Tapi, kalau di tempat saya, hari raya qurban ni, memang banyaklah dapat stok daging atau majlis hari raya yang sediakan menu bersumberkan daging samaada gulai daging, sup daging, daging masak merah, daging masak hitam dan macam-macam lah.

Jadi kat situ, dah nampak menu apa yang akan memonopoli meja makan. Hahahahaha.

Habis tu, macam mana dengan nasi dan makanan2 lain (kalau ada) macam ketupat, nasi impit dan lain2?
Kalau tanye saya, ni kan raya. Jadi, eat at your own risk.

Ada beberapa risiko kat situ.
1. Kemungkinan badan anda tak berapa boleh terima kehadiran karb terlalu banyak secara mengejut.
2. Kemungkinan anda akan terus hanyut ke Laut China Selatan. Jika bernasib baik, akan ada bot penyelamat datang selamatkan anda. Jika tidak, mungkin akan terus tenggelam.
3. Kemungkinana ada akan tido bergelimpangan seperti ular sawa kekenyangan. Yelah, depan belakang kiri kanan masak menu sedap. hahaha.
4. Tambah sendiri lah.

Yang ada kencing manis jenis 2 tu, daging takde masalah nak makanpun. Cume kadang2 cara masakkan yang ada banyak gula tu mungkin jadi masalah skit. Alah, pandai2lah.

Faham ke tidak ni?

Apa2pun, saya ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha!

Jom reversed diabetes. Klik sini >> https://bit.ly/SihatIFLK

0 komen:

Catat Ulasan