Isnin, 19 Jun 2023

Adakah Kita Betul-Betul Sihat?


Adakah Kita Betul-Betul Sihat?

Yang rasa diri sihat dan takde masalah metabolik walaupun dah bertahun2 tak buat medical checkup, mohon buatlah sekali ye.

Darah tinggi ni lain skit. Kalau tekanan naik, akan terasa sakit kat kepala. Tapi kalau kencing manis, jarang dia datang dengan tanda2 ketidakselesaan pada badan pada peringkat awal. Bila dah disahkan pesakit diabetes, masa tu dah diperingkat pertengahan atau peringkat kritikal.

Laburkan sikit duit untuk beli glucometer dan alat cek tekanan darah. Kat shopee banyak brand murah. Ceklah tekanan darah 5, 6 kali seharipun. Dah tak kene bayar dah.

Jangan takutlah setakat cukup jari sikit untuk kuarkan darah setitik. Tak sakit pun. Kan kalau takut sangat nak cek, silap2 kene kencing manis dan kaki kene kerat, lagi haru.

Glucometerlah mungkin berkos skit kalau cek sebab lepas cek kene buang strip. Sebelum makan nasik arab ke nasi beriyani ke, amik glucometer dan cek bacaan gula. 2 jam lepas makan, cek sekali lagi. Tengok banyak mana naik.

Kalau sebelum makan 5.0, lepas makan 10.0, jangan plak cakap "Oooh, naik sikit je. 5 point je tu". Kalau anggap 5 point tu naik sikit, hati2lah.

Jom berkempen 1 rumah 1 glucometer.

P/S: Pasni nak jual glucometerlah plak. Hahahahahahaha.

Jom roger saya untuk belajar reversed diabetes. Klik sini >> https://bit.ly/SihatIFLK

0 komen:

Catat Ulasan