Selasa, 9 November 2021

Alahai, Temujanji Mata Lagi

 


Kadang2 naik bosan dah nak pegi appoiment mata ni. Part paling tak suka bila titik ubat kembang mata atau bila kene laser. 


Lepas kembang mata, memang seharian mata silau yang amat sangat. Macam cahaya matahari direct suluh mata. Kalau kene laser plak, perit dan pedih mata. 


Tarikh operate asyik tukar2. Sekejap diawalkan, sekejap ditangguh, pastu diawalkan, pastu ditangguh. Nak plan ape2 pun susah.


Macam masa amik master dulu r. Dah belajar dekat nak abis sem 1, dah dekat nak final assessment, tibe2 kene operate. Clash tarikh plak. Terpaksa cuti khas. Lepas operate kene facedown sambil meniarap 2 minggu. Rasa nak gila dah.


Masuk sem baru sekejap, dapat tarikh operate kedua. Terpaksa cuti khas lagi.


Sem baru lagi, doc cakap operate tahun depan. Kite baru semangat nak stadi semula. Tibe2 tarikh diawalkan ke Oktober 2021. Dah fedup nak cuti khas. Terus apply quit belajar. Tup tup tak jadi operate Oktober, tangguh ke tahun depan.


Sudahnya, ape satu plan pun takleh jalan. Dah elok2 dapat keje, aku terpaksa berenti sebab banyak sangat appoiment. Walaupun bos baik dan tak kisah asyik cuti, kite ni rasa segan dan taknak susahkan bos dan membe tempat keje. Dengan keadaan mata tak berapa stabil, takleh nak buat kije lame2.


Yang tulis kat buku tu, 1 page je. Page2 lain berlambak lagi jadual tarikh bersimpang siur. Tak pegi kan, kalau jadi ape2, kite gak dipersalahkan. Urm...


#DoneNgepek

#DoneNgoyan

#PujukHatiPlanAllahYangTerbaik

4 ulasan:

  1. alahai agak teruk erk mata... memang best solution kena operate ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye, itu best solution. Tapi, tak berjaya untuk mata kiri. Huhuhu.

      Padam
  2. Semoga ada jalan penyelesaian.

    BalasPadam