Sabtu, 20 November 2021

Makan Protein Lebih Mengenyangkan

 

Tanpa nasi boleh kenyang jugak. Tenaga lebih tahan lama dan tak mudah lapar.

Protein dan lemak juga adalah salah sumber tenaga selain daripada karbohidrat. Berbeza dengan karbohidrat, protein dan lemak mungkin mengambil sedikit masa untuk rasa kenyang berbanding karbohidrat yang sangat mudah terasa kenyang. Walaubagaimanapun, karbohidrat juga menyebabkan waktu kenyang anda lebih pendek dan kurang lama bertahan berbading protein dan lemak.

Paling penting, menu tinggi protein dan lemah boleh dikatakan tidak meningkatkan kadar gula dalam dengan tinggi dan mendadak. Jadi, ianya sangat sesuai untuk pesakit diabetes kerana ia sangat mengenyangkan.

"Tak rosak buah pinggang ke makan protein terlalu banyak?"

Terdapat beberapa jurnal kesihatan yang mengatakan pengambilan protein yang tinggi tidak memberikan kesan kepada buah pinggang sekiranya buah pinggang kita dalam keadaan sihat. Hakikatnya, buah pinggang lebih mudah rosak sekiranya kita mempunyai masalah diabetes dan darah tinggi.

Kalau dah ada diabetes tapi sayang nak tinggal makanan berkarbohidrat tinggi dan gula putih, takleh nak kate ape la.

Ya, dengan mengamalkan puasa dan mekan menu rendah karbo dan tinggi protein sangat membantu. Boleh baca pengalaman saya di https://bit.ly/SihatIFLK

#FaizalSyukri #Sismel #OrangKurangUpaya #Blogger #SweetLab #IntermittentFasting #BebasDiabetes #ReverseDiabetes #LazyKeto #Keto #KetoDiet #KetoLife #KetoLifestyle #Ketogenic #KetogenicDiet #DietKeto #DietKetogenik #Malaysia #Malaysian #MalaysiaBoleh #Terengganu #KencingManis #KencingManisDarahTinggi #Sihat #SihatMilikku #SihatMalaysia #JomSihat #Puasa #PuasaSunnah

0 komen:

Catat Ulasan