Isnin, 18 Julai 2022


Diabetes Dan Masalah Rintangan Insulin

Penyakit kencing manis atau diabetes dan masalah rintangan insulin adalah 2 perkara yang saling berkait. Rintangan insulin adalah kata lawan kepada insulin sensitiviti. Dengan kata lain, jika kita mempunyai rintangan insulin yang tinggi bermakna insulin kita kurang sensitif dan begitulah sebaliknya.

Rintangan insulin berlaku apabila sel berhenti bertindak balas terhadap hormon insulin. Ini menyebabkan paras insulin dan gula darah lebih tinggi, yang berpotensi membawa kepada penyakit diabetes jenis 2.

Penyebab utama rintangan insulin diantaranya disebabkan makan secara berlebihan dan peningkatan lemak badan, terutamanya di kawasan perut. Faktor lain termasuk pengambilan gula yang tinggi, keradangan, gaya hidup tidak aktif dan faktor genetik. Insulin tinggi dan paras gula dalam darah yang tinggi adalah gejala utama rintangan insulin. Gejala lain termasuk lemak perut yang berlebihan, trigliserida darah tinggi dan sebagainya.

Rintangan insulin dikaitkan dengan masalah metabolik dan diabetes jenis 2, yang merupakan antara masalah kesihatan terbesar di dunia. Rintangan insulin juga dikaitkan dengan pelbagai penyakit, termasuk penyakit jantung, NAFLD, PCOS, penyakit Alzheimer, kanser dan sebagainya.

Rintangan insulin dapat dikurangkan atau malah diterbalikkan dengan perubahan gaya hidup seperti senaman, pemakanan sihat dan berkaitan pengurusan stress. Yang paling mudah adalah pemakanan rendah karbo sangat membantu untuk mengurangkan masalah rintangan insulin ini. Terdapat banyak jurnal kesihatan telah diterbitkan berkaitan dengan pemakanan rendah karbohidrat yang dapat membantu mengatasi masalah ini.

Sila baca perkongsian saya berkenaan kaedah Intermittent Fasting dan Lazy Keto yang telah membantu saya dalam mengatasi masalah diabetes >> https://bit.ly/SihatIFLK

0 komen:

Catat Ulasan