Rabu, 15 Disember 2021

Manusia Adalah Ciptaan Yang Istimewa

 


Manusia Adalah Ciptaan Yang Istimewa

Tubuh badan kita kompleks dan istimewa. Allah dah ciptakan dengan pelbagai kelebihan. Badan manusia juga boleh beradaptasi dengan pelbagai keadaan dan suasana. Badan manusia juga mampu menghasilkan antibodi sendiri untuk melawan segala macam jangkitan dari luar.

Itu sebabnya kalau orang dari negara sejuk beku bersalji, diorang dah terbiasa dengan keadaan kat sana. Kite kat Malaysia kalau pi negara bersalji, entah2 berbalut 24jam. Tapi, lama kelamaan, badan kita mampu menyesuaikan diri dengan cuaca kat sana.

Sama dengan halnya orang tak makan samaada sebab berpuasa atau sebab IF, walaupun tak makan berjam2, tak akan lapar sebab badan mampu hasilkan tenaga sendiri. Opkoslah peringkat awal badan amik masa sikit nak sesuaikan diri. Selepas itu, makan 1 ketul ayam whole leg pun silap2 boleh kenyang 24jam.

Sama juga orang yang kurang upaya. Ada yang sejak lahir, ada yang baru kene. Dulu saya tengok orang buta, orang hilang fizikal dan lain2, selalu terfikir susahnya nak survive dengan kekurangan. Tapi bile tengok diorang bergerak macam takde masalah, macam pelik je. 

Akhirnya saya jugak diuji dengan buta mata kiri dan mata kanan rosak. Peringkat awal susahnya nak buat apa-apa. Asyik meroyan je. Selepas setahun, Alhamdulillah dah terbiasa dengan kekurangan ni. Ye, memang susah jugak, tapi takdelah tahap meroyan je 24jam.

Alhamdulillah.

Kesimpulannya, manusia dicipta Allah dengan banyak kelebihan yang kadang2 kite tak mampu nak fikir. Kite lalui dulu, baru kite tau kite mampu atau tak.

Tukarkan gula putih kepada pemanis sihat tanpa kalori tanpa kolestrol tanpa karbohidrat di sini https://bit.ly/SweetLabDrop

Turunkan bacaan gula dalam darah dan elakkan masalah diabetes. Baca di sini https://bit.ly/SihatIFLK

0 komen:

Catat Ulasan