Pentingnya Kamera Undur Untuk Kereta
Alkisah beberapa hari lepas, saya singgah di rumah mertua. Lepas lepak2, kami nak bergerak balik sebelum maghrib. Kalau dah gelap, memang saya dah tak boleh drive sebab mata dah tak nampak.
Sebelum masuk kereta, saya pasti sekeliling memang takde sape2 terutamanya budak2. Ketika baru mengundurkan kereta, tiba2 entah dari mana, saya ternampak macam rambut manusia belakang kereta.
Terus saya brek. Seorang budak dalam lingkungan umur 3 tahun entah dari dari mana lalu belakang kereta saya semasa saya mengundurkan kereta! Ya Allah, jantung saya dup dap dup dap berdebarnya rasa macam nak tercabut jantung.
Sebelum ni dah biasa dengar cerita budak kecik kene lenyek semasa kereta mengundur. Allahu, ni hampir2 jadi kat saya. Terus rasa pentingnya kamera mengundur kereta. Sekurang2nya bolehlah tengok kalau ada budak ke, hantu ke, pocong ke, jin ke toyol ke kat belakang kete.
** Gambar hiasan
0 komen:
Catat Ulasan